Wednesday 17 July 2019

SELAMAT PAGI

Semua orang punya masa yang sama. Allah SWT beri semua orang ada masa 24 jam. Takde yang kurang.. Takde yang lebih.

Yang berbeza..pengisian masing2.

Kita tenang. Kita akan rasa semua nya berjalan lancar. Kalau kita serabut sibuk dengan urusan harian tanpa peduli bahagian kita di sana.. Kita lah yang rugi. 

Semuanya yg usaha.. kita rasa tak cukup.

😊
Allah SWT Maha Adil.
Tugas kita sbg hamba Nya.. Buat lah perkara yang betul pada masa yang betul. 
💪💪

"Do the right thing at the right time"

Selamat pagi sahabat 👍

Saturday 20 April 2019

Tudung Sekolah Awning Lembut untuk Unit Beruniform Sekolah



Pasti ada ibubapa yang sukar mencari tudung sekolah yang sesuai untuk aktiviti koko anak di sekolah. Tak perlu risau. Sekarang sudah ada di Shopee: rinarazalishop. 

Tudung Si Comel sudah terkenal dan sangat selesa untuk anak-anak. 

Material Lycra Korea berkualiti dan tak mudah renyuk. Sangat practical bagi ibubapa kerana mudah di cuci dan sentiasa bersih. 

Mudah dan Selesa. Awning Lembut yang mudah dipakai dan dibasuh. Dihasilkan dengan kain Lycra Korea berkualiti membuatkan kanak-kanak selesa serta gembira memakainya; Sejuk, Lembut dan Gebu.



Antara koleksi warna tudung 

  • Warna Putih Nila / Putih Mutiara - Sesuai untuk Persatuan Bulan Sabit Merah
  • Warna Kelabu - Sesuai untuk Pengakap
  • Warna Hitam - Sesuai untuk Kadet Bomba
  • Warna Hijau - Sesuai untuk Kadet Remaja Sekolah
  • Warna Biru Gelap - Sesuai untuk Kadet Polis
  • Warna Pink - Sesuai untuk Puteri Islam


Ukuran Khas. Dijahit dengan empat ukuran khas iaitu SSSdan L Ukuran kami adalah ukuran istimewa agar ianya ‘terletak elok’ dan selesa dipakai. Kualiti kain yang baik membuatkan Si Comel gembira memakainya. In shaa Allah.
  • Size SS sesuai untuk Si Comel berusia 4 - 8 tahun(bersaiz badan kecil).
    Labuh dari dagu 12 inci +/- 1 inci
    Lilit muka 18 inci.

     
  • Size S sesuai untuk Si Comel berusia 8 - 10 tahun(bersaiz badan kecil).
    Labuh dari dagu 14 inci +/- 1 inci
    Lilit muka 20 inci.

     
  • Size M sesuai untuk Si Comel berusia 10-12 tahun.
    Labuh dari dagu 17 inci +/- 1 inci
    Lilit muka 21 inci.


     
  • Size L (Labuh dari dagu 20inci) sesuai untuk Si Comel berusia 11-15 tahun. (Tudung Labuh).
    Labuh dari dagu 20 inci +/- 1 inci
    Lilit muka 22 inci.

Untuk tempahan boleh hubungi 016-3177928 (RINA)

Atau boleh beli di Shopee : rinarazalishop












ASSALAMUALAIKUM

Pagi 💪

Semoga murah rezeki selalu. Hari Ahad biasanya masa untuk relax. Ada juga yang bersantai untuk bangun lewat. Rina selepas Subuh terus menghadap Shopee. Masa ni boleh update dan edit produk di Shopee. 



Alhamdulillah. Allah SWT izinkan lagi untuk bangun meneruskan kehidupan di dunia. Kadang terfikir juga. Kenapa ujian yang Allah SWT beri setiap masa. Kenapa sukar nak dapatkan kesenangan dengan SENANG. 

Tepuk dahi sendiri! Mana ada kesenangan tanpa perlu usaha. Betul tak? Bersyukurlah masih mampu berkhidmat untuk keluarga. Bersyukurlah masih punya mak ayah untuk bermanja. Tempat meluah rasa. Bersyukurlah mempunyai suami yang selalu mempertahankan dan bertimbang rasa.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah





Tuesday 9 October 2018

WEIGHT LOSS CHALLENGE



Kat kilang ni ada Weight Loss Challenge!
Kak Rina pun join la sekaki. 

Semangat dah timbang berat pagi2. Orang kata kalau timbang waktu petang..kembang. Lagi berat..Hahaha..(alasan😂😂)

Berat akak berapa? Berat mata memandang..berat lagi punggung memikul. eh! tiber!
Jauh lagi nak capai target BMI ideal -25. Skrg BMI 34.7 dengan tinggi 157cm.

Fuh..semangat mari ke mari. 

Bermula la episod memecahkan lemak di badan. Tengah fikir ni camne nak capai berat bawah 65kg. Ini berat masa bersalinkan Nuriman Elisyia dulu. Hampir 8 tahun sudah. Hihi..

Insya Allah kak Rina cuba turunkan sikit. 
Masa ni la baru nak tengok jadual BMI. Elok juga buat Cabaran ni. Paling tak..dapat membantu untuk semua pekerja tampil sihat. 

Teks : Rina Razali
Jadual BMI : Sumber google. 













Wednesday 18 April 2018

ROS JEPUN



Teks : Rina Razali
Gambar : Rina Razali


Makin merimbun bunganya. Cantik waktu mekar. 

Comel kan? 

Kak Rina suka dengan bunga. Sebab warnanya boleh buat kita relax dan tenang. Pokok bunga Ros Jepun paling mudah nak dijaga. 
Yang ni kak Rina beli melalui kawan di BSBR group fb (Bukit Beruntung Bukit Sentosa Resident). Terus hantar ke rumah. Satu polibag harga cuma RM1. Hihi..apa lagi. Sampai 10 bag di beli. 

Bunga ni akan kembang pada waktu panas. Bila hujan atau hampir petang akan menguncup sendiri. Comel sangat. 





Wednesday 11 April 2018

SELAMAT PAGI

Assalamualaikum 
Selamat pagi

Moga kita semua dapat menjalani hari dengan lebih baik. 

Tiada apa yang mustahil untuk kita capai jika kita sentiasa konsisten dan ingin berdaya saing. Maju ..maju dan terus maju.

Insya Allah :-)

FILEM DUKUN

Teks : Rina Razali
Gambar : Google

Hai

Baru hari ni sempat nak update aktiviti hari Ahad lepas. Rina, suami dan anak-anak pergi melawat dukun..eh! Bukan! Pergi menonton filem DUKUN. Lakonan Umie Aida tu. Dalam filem ni, beliau berlakon sebagai Diana Dahlan. Watak perempuan sihir. Yang bangga sangat dengan kebolehan ilmu hitam yang kononnya di warisi dari Batak, Indonesia. 



Rina bukan lah kaki panggung wayang. Tengok ni pun selepas di ajak Batrisyia. Beria dia nak tengok filem ni. Anak-anak kak Rina lepas masuk panggung ni..umur diorg 10 thn dan 7 thn. Tak pasti la..

Apa pun enjoy tengok wayang ni. Walaupun cerita seram tapi boleh sempat lagi gelak. Ada part sensored, part seram, part mengarut..macam-macam.

Tersirat dari cerita ni..banyak. Jangan la kita mudah percaya dengan suatu di luar bidang kuasa manusia. Segala apa yang kita mahu, mesti minta pada Allah SWT. 

Allahuakbar. Mohon la agar keluarga kita selalu di lindungi dari anasir jahat dan mistik seperti ni. Insya Allah. 


SELAMAT PAGI

Semua orang punya masa yang sama. Allah SWT beri semua orang ada masa 24 jam. Takde yang kurang.. Takde yang lebih. Yang berbeza..pengisia...